Buat Pesanan Dan Dapatkan Sesuatu sebagai Balasan

Kadar Penukaran: RM2.00 = 1Points

5-8% off upon checkout!

AL Nature Fit

RM64.50

AL Nature Fit ialah minuman detoks yang diformulasi khas untuk menyokong kesejahteraan menyeluruh dengan membantu proses pembuangan toksin dan mengekalkan sistem penghadaman yang sihat. Diperbuat daripada gabungan bahan semula jadi, ia mengandungi Psyllium Husk dan Inulin untuk membantu pergerakan usus yang lebih lancar, Aloe Vera bagi merangsang peristalsis, serta Spirulina dan Klorofil yang kaya nutrien untuk menyokong proses detoksifikasi dalaman. AL Nature Fit juga menyokong pengurusan berat badan, sesuai untuk anda yang ingin kekal ringan, bertenaga dan sihat dari dalam.

SKU: N/A Category: Tag:

Penerangan Produk

Untuk Detoks dan Pengurusan Berat Badan

Ciri-Ciri Utama:

  • Psyllium Husk – Serat larut yang membantu melancarkan pembuangan.
  • Aloe Vera – Bertindak sebagai julap semula jadi yang merangsang gerakan usus.
  • Inulin – Serat pemakanan yang membantu tambah isipadu najis dan melancarkan penghadaman.
  • Spirulina – Superfood yang kaya dengan protein, antioksidan, vitamin dan mineral penting.
  • Klorofil – Pigmen tumbuhan yang bantu nyah toksin dari badan dan menyegarkan bahagian dalaman.
  • Tinggi Serat – Memberikan rasa kenyang lebih lama, kawal nafsu makan, dan bantu turunkan berat badan secara sihat.

Senarai Bahan:

Serbuk Epal, Serbuk Oat, Inulin, Oligosakarida, Serat Kelapa Sawit, Kulit Biji Psyllium, Serbuk Rumput Gandum, Spirulina, Klorofil Alfalfa, Aloe Vera.


Sesuai untuk:

  • Individu yang ingin nyah­toksin badan
  • Individu yang sedang mengawal berat badan
  • Individu yang mengalami sembelit atau penghadaman tidak lancar
  • Individu yang kurang pengambilan serat dalam pemakanan harian
  • Individu yang ingin kekal langsing dan sihat
  • Individu yang mengamalkan diet berasaskan tumbuhan termasuk vegan

Cadangan Penggunaan

  • Saiz Hidangan: 10g
  • Air Setiap Hidangan: 200ml
  • Cadangan Pengambilan: 2 hidangan sehari
  • Cara Penyediaan:
    Sukat 200ml air suhu bilik
    2. Campurkan dengan 1 sachet AL Nature Fit
    3. Kacau atau goncang hingga larut sepenuhnya
    4. Sedia untuk diminum!

  1. Berapa kali sehari perlu ambil AL Nature Fit?
    Disarankan untuk ambil 2 sachet sehari - sama ada sebelum makan, 3 jam selepas makan malam, atau sebelum tidur. Campurkan 1 sachet dengan 200ml air suhu bilik, goncang hingga larut dan terus diminum.
  2. Jika saya mengalami sembelit, berapa lama untuk nampak kesan?
    Kebanyakan pengguna akan rasa kesan seawal keesokan harinya. AL Nature Fit tidak mengandungi bahan pelawas, jadi ia bertindak secara lembut tanpa menyebabkan sakit perut. Pastikan anda mengambil air yang mencukupi untuk bantu proses pembuangan lebih lancar.
  3. Jika saya ingin menurunkan berat badan, adakah AL Nature Fit sesuai?
    Ya, sangat sesuai. Kandungan serat tinggi dalam AL Nature Fit membantu melambatkan pengosongan perut, menjadikan anda rasa kenyang lebih lama dan kurang rasa nak mengunyah. Disarankan untuk diambil sebelum waktu makan bagi kesan pengurusan berat badan yang lebih baik.